546 SEKOLAH SERTAI ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE

...

JOHOR BHARU, 13 April 2021 Sekolah-sekolah yang menyertai Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) telah berjaya menjimatkan penggunaan air dan tenaga elektrik mencecah sebanyak RM40,000 dan mengumpulkan barangan kitar semula melebihi jumlah RM50,000. IMELC yang dianjurkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bersama rakan strategik seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah turut disokong oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), United Nations Development Program (UNDP) and Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities (GTALCC) telah mengadakan Majlis Penyerahan Hadiah IMELC Secara Pandu Lalu semalam. Seramai 55,000 murid dari 546 sekolah rendah telah menyertai pertandingan tahunan ini pada tahun lepas. Sekolah yang terlibat telah berjaya menjimatkan sebanyak RM19,172.05 bil elektrik dan RM29,192.39 bil air telah dijimatkan bagi bulan Oktober dan November 2020. Manakala, sebanyak 204,828.5 kilogram barangan kitar semula yang berjumlah RM52,930.61 sepanjang pertandingan IMELC dari Januari hingga November. SJK (C) Foon Yew 2 kumpul barangan kitar semula tertinggi SJK (C) Foon Yew 2 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 19,638 kilogram barangan kitar semula dan menjuarai kategori kitar semula manakala SJK (C) Masai dan SJK (C) Tuan Poon, Simpang Renggam pula berada di tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing mengumpulkan sebanyak 16,936 kg dan 12,999 kg barangan kitar semula. Turut mengungguli 10 pemenang kategori kitar semula adalah SJK (C) Kuo Kuang, SJK (C) Jementah dan SJK (C) Sawit. Manakala, SJK (C) Lee Ming pula telah memenangi kategori khas – sekolah kurang murid sementara SJK (C) Foon Yew 2 meraih tempat kedua bagi kategori sekolah – cabaran rendah karbon sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim dengan turut dihadiri oleh Mantan Pengarah JPNJ, Shaharuddin Saari, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran yang kini memangku tugas Pengarah JPNJ, Shahilon Abdul Halim, Pengerusi Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM, Prof. Dr. Fatin Aliah Phang dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin.Â