SWM ENVIRONMENT BEROPERASI DI 84 BAZAR RAMADAN

...

JOHOR BHARU, 14 April 2021 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi untuk bazar Ramadan di 10 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut kenyataan yang dikeluarkannya semalam, seramai 170 orang anggota SWM Environment akan bertugas bagi melaksanakan perkhidmatan tersebut. Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, kerjasama daripada para peniaga bazar Ramadan amat diperlukan bagi menguruskan sisa perniagaan mereka bagi memastikan kebersihan di tapak bazar Ramadan. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa SWM Environment sedia untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan berkepadatan umat Islam yang ramai untuk membuat persediaan dan pembersihan kediaman melalui perkhidmatan Kutipan +1 berjadual seminggu sekali bagi melupuskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula. Beliau juga mengajak penduduk dan para peniaga bazar Ramadan untuk memanfaatkan program KITARecycle SWM Environment yang menawarkan wang tunai melalui pengumpulan mata ganjaran dalam menguruskan barangan kitar semula. Di samping itu, mereka juga disarankan untuk mengawal sisa makanan sepanjang bulan perayaan dengan menerapkan Kempen Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran (Value Food, Zero Waste). Orang ramai yang memerlukan keterangan lanjut boleh hubungi Talian Indahkan malaysia 1-800-88-7472.Â