TEO KOK SEONG: SWM MEMPERTINGKATKAN KEMPEN KESEDARAN DAN PROMOSI PENJAGAAN ALAM SEKITAR.

...

SEREMBAN, 25 June 2019 Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Yang Berhormat Teo Kok Seong memuji SWM atas usaha perlaksanaan kempen kesedaran alam sekitar beberapa tahun ini. Akhirnya menampakkan hasilnya kerana lebih ramai lagi orang ramai melibatkan diri dalam penjagaan alam sekitar dan kesedaran juga semakin menunjukkan peningkatan. Beliau percaya bahawa kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab semua rakyat dan bukan sahaja untuk diri sendiri serta keluarga tetapi termasuklah komuniti. Pencemaran yang berlaku merupakan punca kepada risiko penyakit. “SWM menguruskan sisa pepejal dan isu alam sekitar pada tahun 2003, telah menggerakkan banyak aktiviti untuk meningkatkan kesedaran awam dengan mendidik orang ramai akan kepentingan menjaga alam sekitar.” Beliau percaya setiap agama juga mementingkan kebersihan dan penjagaan alam sekitar bagi mengelakkan kecuaian yang akan mendatangkan bencana. Menyeru Penglibatan Program KITAR3CYCLE Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyertai program KITAR3CYCLE. Hanya melalui aplikasi telefon pintar, mata ganjaran kitar semula dapat disemak dan ganjarannya boleh dituntut. Beliau berkata ketika menghadiri majlis SWM Kasih yang dianjurkan oleh pihak SWM menyatakan program tersebut telah memasuki tahun ke-empat dengan meraikan dan menceriakan anak-anak yatim dan orang kelainan upaya ketika musim perayaan. Menurut Ho De Leong, Ketua Pegawai Eksekutif SWM, pada tahun ini Coca-Cola turut menjadi rakan budiman dengan menaja minuman beserta beg mesra alam kepada 26 orang penerima daripada kalangan keluarga di dalam Negeri Sembilan. Beliau percaya pihak syarikat akan meneruskan program ini dan dalam masa yang sama menyeru lebih banyak lagi syarikat lain untuk turut serta melakukan kerja kebajikan dan perhatian kepada mereka yang kurang bernasib baik.