SWM ENVIRONMENT GANTI 398 TONG SAMPAH BERODA PENIAGA TERJEJAS BANJIR

...

JOHOR BHARU, 24 February 2021 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan menggantikan tong sampah beroda membabitkan 398 premis perniagaan di 17 lokasi yang terjejas banjir di kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi. Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menggantikan tong sampah beroda yang rosak dan hanyut akibat bencana banjir baru-baru ini dalam memastikan kutipan sisa pepejal dikendalikan mengikut piawaian prosedur operasi (SOP) ditetapkan. “Bagi memastikan pematuhan SOP, kami akan menghantar secara terus tong sampah beroda baharu ke premis kediaman dan perniagaan mangsa terjejas banjir berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.” PENGEDARAN MENGIKUT SOP Beliau dalam pada itu turut memaklumkan bahawa inisiatif tersebut dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekali gus mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri Johor. Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa pihak SWM Environment telah membersihkan sebanyak 444,821 kilogram sampah melalui Operasi Bantuan Banjir manakala sejumlah 500 buah keluarga terjejas banjir menerima sumbangan SWM Kasih Bantuan Banjir bulan lalu.Â