Manfaatkan Kutipan Sisa Pukal Sempena Tahun Baru Cina

...

JOHOR BAHRU, 03 February 2021 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan beroperasi seperti biasa membabitkan seramai 4,586 orang anggota kerja sempena perayaan Tahun Baru Cina bagi memenuhi keperluan penduduk melaksanakan pembersihan kediaman. Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin dalam kenyataannya hari ini berkata, “pihak SWM Environment mengambil maklum perlaksanaan pembersihan dan persediaan menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina dengan mengambil langkah menghindari masalah sampah longgok di kawasan perumahan.” Tambah beliau, penduduk boleh menjadikan jadual perkhidmatan SWM Environment sebagai panduan menguruskan sisa buangan atau boleh melayari laman web SWM Environment di pautan www.swm-environment.com. Sementara itu, beliau juga menyarankan penduduk memanfaatkan program kitar semula berganjaran, KITARecycle dengan hanya mendaftarkan akaun, mengasingkan barangan ke dalam bungkusan berpelekat kod QR atau bercatatan nombor keahlian dan menempatkan di tepi tong sampah beroda (TSB) atau kemudahan Sangkar KITARecycle seterusnya menebus mata ganjaran terkumpul kepada wang tunai. Penduduk juga mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-72 atau melalui pesanan WhatsApp di 012-618 0082.