SWCORP GERAKKAN BANTUAN PEMBERSIHAN KEPADA MANGSA BANJIR

...

JOHOR BAHRU, 11 January 2021 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor telah menyalurkan bantuan banjir kepada mangsa yang terjejas di 28 lokasi seluruh perkhidmatan negeri Johor bagi membantu mereka melalui proses pemulihan pasca banjir. Pengerusi SWCorp, Dr. Daroyah Alwi memaklumkan bahawa SWCorp Negeri Johor akan mengaturkan operasi bantuan pasca banjir. Sekiranya terdapat kekurangan tenaga kerja, sub-kontraktor daripada Persatuan Kontraktor Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Johor (PERKON) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan Pemuda Negara (PN) akan turut membantu. Langkah tersebut kini di peringkat persediaan memandangkan banjir masih belum surut sepenuhnya. Kami berharap agar banjir kembali pulih sepenuhnya bagi memastikan kelancaran perlaksanaan bantuan tersebut. Terdahulu, Daroya bersama Pengarah SWCorp Negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin telah mengagihkan bantuan berbentuk keperluan dapur kepada 300 mangsa banjir di Kampung Sri Jaya dengan turut disertai oleh Pengerusi PKN Negeri Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon. Jelas beliau, agensi berkenaan sentiasa bersedia sepanjang mangsa dan anggota dari negeri lain akan turut dilibatkan sekiranya terdapat kekurangan tenaga kerja bagi membantu pasca banjir di negeri Johor. “Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah turut mengagihkan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada mangsa dan akan membantu mangsa banjir sedaya bantu. Tambahnya, Pemuda Negara dan PKN Negeri Johor baru-baru ini telah membantu 40 keluarga di Kampung Laut melaksanakan pembersihan kediaman. Sementara itu, Mohd Rashid pula memberitahu PKN Negeri Johor telah membentuk pasukan bertindak untuk digerakkan menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas banjir seperti Kota Tinggi termasuk di kawasan yang telah mula dibersihkan.