35 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN SWM ENVIRONMENT DI MUAR.

...

MUAR, 28 December 2020 Sempena menyambut perayaan Krismas, SWM Kasih telah menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada 35 keluarga berpendapatan rendah di Daerah Muar. Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment Tuan Haji Mohd Norlisam berkata, penularan Covid-19 telah memberi kesan kepada rutin harian sebahagian individu dan ada diantara mereka yang telah dihentikan kerja dan kehilangan sumber pendapatan. Justeru itu,misi utama program SWM Kasih Krismas pada tahun ini adalah untuk memberi tumpuan kepada keluarga yang terjejas akibat pendemik Covid-19 ini. Katanya,agihan sumbangan SWM Kasih berbentuk barangan keperluan asas antaranya seperti beras, gula susu,tepung dan minyak masak. Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Haji Mohd Norlisan kepada pihak terlibat melalui Jawatankuasa Pengurusan Gereja Living Waters Presbyterian, Jalan Salleh Muar.

http://