BERI SUMBANGAN KEPADA 30 BUAH KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

...

MELAKA, 27 December 2020 Sebanyak 30 buah keluarga yang kurang berkemampuan menerima sumbangan melalui program SWM Kasih Krismas anjuran SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dengan kerjasama Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika). Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan SWM Environment, Dr Al’Ashari Othman berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban keluarga terlibat khususnya mereka yang akan menyambut perayaan hari Natal pada 25 Disember ini. “SWM Kasih merupakan entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak syarikat yang bertujuanmembantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Bantuan diberikan secara bersasar kepada golonganyang memerlukan terutamanya mereka di dalam kategori B40. “Meskipun pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan seharian ramai rakyat, namun bukan penghalang untuk penganut agama Kristian menyambut perayaan Krismas dengan penuh kesederhanaan dalam norma baharu tetapi tetap meriah,” katanya. Persatuan Persaudaraan Kristian Melaka turut mendaftar dengan KITARecycle iaitu sebuah program kitar semula oleh SWM Environment yang menawarkan mata ganjaran kepada ahlinya. Orang ramai yang berminat untuk menyertai program KITARecycle boleh melayari laman web www.kitarecycle.com

http://