SEBAHAGIAN PEMBERSIHAN JALAN-JALAN MELAKA DISERAHKAN KEPADA JKR

...

MELAKA, 18 November 2020 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan kerja pembersihan jalan-jalan negeri Melaka diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) berkuatkuasa 1 Januari 2020, tetapi ada sebahagian jalan masih di bawah perkhidmatan SWM Environment. Orang ramai boleh menghubungi talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 untuk buat semakan. Perkhidmatan talian tersebut beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam. Orang awam juga boleh menghubungi WhatsApp 012-6180082 atau email crmkl@ swmsb.com untuk semakan lanjut. Mengikut kenyataan media SWM Environment, pihaknya akan buat penerangan kepada pengadu sekiranya terima aduan yang di bawah kawasan perkhidmatan JKR dan akan minta pengadu rujuk kepada pihak berkenaan. SWM Environment ambil alih segala kerja pembersihan jalan-jalan kawasan JKR sejak tahun 2011. Tetapi bermula dari 1 Januari 2020, KPKT telah mengarahkan SWM Environment buat serahan balik kerja pembersihan tersebut kepada JKR. Oleh yang demikian, semua jalan-jalan kawasan JKR kini bukan lagi di bawah perkhidmatan SWM Environment. Menurut SWM Environment, kebelakangan ini pihaknya terima banyak aduan pembersihan longkang di jalan-jalan utama bawah kawasan JKR. Penamatan perkhidmatan pembersihan oleh SWM Environment melibatkan 1,449 jalan, iaitu sebanyak 231 jalan JKR di Johor, 1,062 jalan JKR di Melaka dan 165 jalan JKR di Negeri Sembilan. Ia meliputi perkhidmatan pembersihan jalan dengan menggunakan jentera road sweeper, kutipan sampah, pemotongan rumput dan pembersihan longkang disepanjang jalan JKR, termasuk semua jalan utama di pusat bandar.

http://