SWM ENVIRONMENT SERAH PEMBERSIHAN 1,062 JALAN KEPADA JKR

...

MELAKA, 18 November 2020 SWM Environment menyerahkan kerja pembersihan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melibatkan sebanyak 1,062 jalan-jalan utama dalam negeri Melaka. Menurut kenyataan media dari Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin, SWM Environment mengikut arahan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan menyerahkan perkhidmatan pembersihan jalan kepada JKR berkuatkuasa 1 Januari 2020. Katanya, selaras dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), perkhidmatan pembersihan jalan-jalan tersebut dikeluarkan dari skop kerja syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan adalah kerana jalan-jalan tersebut berada di bawah pentadbiran dan seliaan JKR serta di luar daripada skop Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Oleh itu, tambah beliau lagi, SWM Environment menamatkan perkhidmatan pembersihan ini dengan melibatkan sebanyak 1,062 jalan-jalan utama dalam negeri Melaka, 231 jalan JKR di Johor dan 156 jalan JKR di Negeri Sembilan. Kerja pembersihan jalan yang diserahkan kepada JKR meliputi perkhidmatan pembersihan jalan dengan menggunakan jentera road sweeper, kutipan sampah, pemotongan rumpat dan pembersihan longkang. Dengan pengambilalihan perkhidmatan pembersihan oleh JKR, maka sebarang aduan atau isu kebersihan berhubung jalan JKR perlu diajukan kepada pihak berkenaan. “Walau bagaimanapun, SWM Environment sedia bekerjasama dengan semua pihak dalam memberi penerangan kepada orang awam. Di samping itu SWM Environment yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awan di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dikawasan-kawasan seliaan kami,” katanya. Sebarang pertanyaan atau aduan pembersihan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-7472 yang beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam, atau WhatsApp 012-6180082 atau email- crmkl@swmsb.com.

http://