SWM ENVIRONMENT SERAH PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN JALAN KEPADA JKR

...

JOHOR BHARU, 17 November 2020 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah menyerahkan perkhidmatan pembersihan di 1,449 jalan di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bermula pada 1 Januari lalu. Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin memaklumkan bahawa langkah penyerahan tersebut dirujuk bersama ketetapan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah dikeluarkan daripada skop perkhidmatan syarikat konsesi selari dengan peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Menurut beliau, 1,449 jalan tersebut merangkumi sebanyak 231 jalan di Johor, 1062 jalan di Melaka dan 156 jalan di Negeri Sembilan membabitkan perkhidmatan pembersihan seperti pemotongan rumput, penyapuan jalan dan pembersihan longkang. Tambah beliau, sebarang aduan berhubung kebersihan di jalan-jalan berkenaan perlu disalurkan kepada pihak yang berkenaan.

http://