MAJLIS BANDARAYA DIGERAKKAN BAGI MEMBERSIHKAN KAWASAN BENCANA. MENGUMPULKAN SELURUH TENAGA DAN SUMBER.

...

SEREMBAN, 10 November 2020 Berikutan bencana di beberapa kawasan di Seremban, pihak Majlis Perbandaran Seremban telah mengeluarkan anggota bagi menangani masalah di kawasan bencana. Kerajaan Negeri hari ini menggunakan dan menggerakkan tenaga serta sumber daripada pelbagai pihak berkuasa tempatan lain bagi melaksanakan kerja pembersihan sampah akibat bencana banjir dalam masa beberapa hari. Negeri Sembilan telah dilanda banjir teruk pada Rabu lalu dalam masa 20 tahun, lebih 1,000 rumah telah terjejas teruk dan banyak perkakasan rumah, perabot, barangan elektrik, buku dan sebagainya musnah serta jumlah sampah meningkat. Walaupun Majlis Perbandaran Seremban dan NGO bekerjasama tanpa henti melakukan pembersihan sampah selama beberapa hari, mereka masih belum dapat membersihkannya. Kerajaan Negeri hari ini memutuskan untuk menggunakan pihak berkuasa tempatan daripada Majlis Daerah Rembau, Majlis Perbandaran Port Dickson dan sumber lain memasuki kawasan bencana bagi melaksanakan kerja pembersihan. Tidak Mengabaikan Bencana. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong menyatakan selepas banjir, Majlis Bandaraya Seremban dan agensi kerajaan yang lain menangani bencana banjir terutamanya masalah pelupusan sampah. Beliau memberitahu oleh kerana penguatkuasa tempat meletak kenderaan Majlis Bandaraya Seremban disahkan COVID-19 baru-baru ini, seramai 262 kakitangan telah diasingkan untuk pemerhatian. “Kami juga telah menggerakkan pegawai dan kakitangan pembersihan yang bekerja di Nilai untu membantu” Teo Kok Seong telah pergi ke kawasan yang terjejas di sekitar Seremban pada pagi ini bagi melihat kerja pembersihan daripada pihak berkuasa tempatan dan menyatakannya. Beliau memberitahu jumlah mangsa banjir sangat ramai. Kerajaan Negeri tidak pernah memperlahankan kerja pembersihan bencana. Pada hari ini, pihak berkuasa tempatan dari seluruh Negeri Sembilan digerakkan bagi membantu membersihkan kawasan bencana. Hubungi Majlis Untuk Membersihkan Sampah Bencana. Teo Kok Seong menyatakan bahawa bagi sebarang pertanyaan sampah yang belum dibersihkan, boleh menghubungi secara terus Majlis Bandaraya Seremban dan mereka akan membantu membersihkan sampah di luar rumah dalam masa terdekat. Beliau memberitahu bahawa selepas banjir, beliau mendapati rakyat Negeri Sembilan telah menunjukkan kesepakatan dan sikap ambil peduli dalam memberikan bantuan. Orang ramai daripada pelbagai kawasan, NGO dan sebagainya mengambil inisiatif membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka. Beliau memberitahu bahawa Majlis Bandaraya Seremban telah menghantar pekerja membersihkan kawasan bencana setiap hari. Kesemua gambar dan maklumat dimuat naik di Facebook Majlis Bandaraya Seremban. Orang ramai juga dialu-alukan untuk bersama-sama mengetahui perkembangan kerja pembersihan yang dijalankan.

http://