PEK SWM KASIH COVID-19 LINDUNGI ANGGOTA BARISAN HADAPAN

...

JOHOR BAHRU, 29 October 2020 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui entiti tanggungjawab sosial korporat, SWM Kasih telah mengagihkan Pek SWM Kasih COVID-19 kepada 4,593 anggota kerjanya yang berada di barisan hadapan dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi melindungi dan mencegah jangkitan wabak COVID-19. SWM Environment dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, pengagihan pek barangan perlindungan dan kebersihan diri seperti pelitup muka, pensanitasi tangan dan cecair pencuci anti-bakteria membabitkan seluruh anggota kerja SWM Environment di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor. Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris, langkah perlindungan dan pencegahan COVID-19 tersebut telah mula dilaksanakan secara berterusan sejak bulan Februari lalu dan dipergiat terutama dalam keadaan peningkatan semula kes jangkitan direkodkan. Jelas beliau, pek perlindungan diri tersebut membolehkan setiap anggota kerja SWM Environment sentiasa bersedia untuk bertugas di lapangan secara harian. “Pihak SWM Environment amat menghargai peranan dimainkan anggota kerja termasuk kontraktor yang berada di barisan hadapan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara.” Tambah beliau, inisiatif SWM Kasih COVID-19 tersebut merupakan kesinambungan daripada inisiatif yang disalurkan kepada penerima golongan berpendapatan rendah (B40). Di samping itu, pihak SWM Environment mengajak orang ramai untuk bersama memutuskan rantaian wabak COVID-19 dengan melupuskan sisa pelitup muka secara tertib bagi menghindarkan risiko jangkitan.

http://