SWM ENVIRONMENT TERUS PERKENAL PROGRAM KITAR SEMULA BERGANJARAN

...

JOHOR BAHRU, 22 October 2020 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) yang kini aktif mengembangkan program kitar semula berganjaran, KITARecycle telah menjalinkan kerjasama dengan Johor Land Berhad (JLand) melalui penganjuran prorgam Clean & Green bagi membentuk kesedaran kakitangan JLand tentang Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (SAS) dan memelihara kebersihan persekitaran. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, kitar semula kini menjadi amalan asas bagi memelihara alam sekitar yang boleh mengurangkan penjanaan sisa pepejal sekali gus memastikan keselesaan, kebersihan dan keselamatan di pejabat dan kediaman. Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan JLand, Datuk Sr. Akmal Ahmad pula menyifatkan program KITARecycle tersebut memberi nilai tambah kepada program Clean & Green yang dianjurkan syarikat hartanah tersebut. Program KITARecycle bakal merancakkan lagi pembudayaan amalan kitar semula dalam kalangan kakitangan JLand menjadi sebahagian aktiviti bulanan mereka. Orang ramai atau komuniti yang berminat bagi melaksanakan program KITARecycle boleh menghubungi SWM Environment melalui kiriman e-mel di alamat support@kitarecycle.com atau maklumat lanjut diperoleh daripada laman sesawang, www.kitarecycle.com.

http://