GOTONG-ROYONG TINGKATKAN PENCEGAHAN DAN KESEDARAN

...

KULAI, 10 July 2020 Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment ) dan Pasukan Bomba Sukarelawan Kulai telah mengadakan Program Gotong-Royong bagi memerangi wabak Denggi di dua kawasan perumahan yang merekodkan kes tertinggi di samping membentuk kesedaran dan langkah untuk mengurangkan penularan wabak berkenaan. Chai Zhing Wen, selaku wakil penganjur memaklumkan bahawa cadangan program berkenaan dikemukakan kepada pihak MPKu melalui Facebook pada 5 Julai lalu. Antara pengisian program yang dicadangkan adalah penyemburan racun dan meningkatkan hebahan umum tentang langkah pencegahan serta bergotong-royong membersihkan lokasi tumpuan membabitkan pelbagai agensi. Beliau telah menerima persetujuan daripada pihak MPKu bagi menganjurkan program tersebut dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Beliau berharap agar penduduk melalui jawatankuasa penduduk dapat mengeratkan kerjasama dengan pihak MPKu untuk mengadakan program seumpamanya bagi membentuk kejiranan yang harmoni dan sejahtera.

http://