MBNS: PANTAI PD BERSIH DAN INDAH. AMBIL MASA DUA TAHUN UNTUK SELESAI MASALAH SAMPAH.

...

PORT DICKSON, 10 July 2020 Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil masa dua tahun ini untuk menyelesaikan masalah sampah di pantai Port Dickson bagi memulihkan pantai lebih bersih dan indah seperti dahulu. MBNS, Dato’ Seri Aminuddin menyatakan bahawa walaupun dua tahun adalah tempoh masa yang lama, tetapi beliau percaya bahawa matlamat untuk mencapai kerjasama daripada semua pihak akan menarik lebih ramai pengunjung ke Port Dickson. Beliau menggalakkan pengusaha hotel untuk dijadikan keluar angkat bagi pantai yang berdekatan dan bersama-sama menjaga kebersihan pantai. Usaha ini memberi banyak manfaat kepada mereka. Aminuddin menyatakannya ketika sidang akhbar ketika beliau menghadiri program PD Pantai Bersih, Zero Sampah yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson dan SWM. Ketika program tersebut berlangsung, Hotel Seri Malaysia telah menjadi hotel pertama yang menjadi keluarga angkat Pantai Saujana. Menjaga kebersihan Pantai Ialah Tanggungjawab Bersama Aminuddin memberikan maklum balas beliau dengan menyeru semua orang untuk menjaga kebersihan pantai tidak mengira sama ada penduduk setempat ataupun pelancong. “Bukan sahaja pantai, malah semua lokasi yang menarik seperti gunung, hutan dan air terjun perlu dijaga.” Ada Pihak Menyalahkan Kurangnya Tong Sampah Beliau menyatakan ada pihak menyalahkan masalah tersebut berpunca daripada jumlah tong sampah yang kurang. Penyediaan tong sampah ialah dibawah tanggungjawab pihak berkuasa namun bukan alasan untuk orang ramai membuang sampah sesuka hati. Beliau percaya sikap setiap orang perlu betul dalam menguruskan sampah. Jika tidak, walaupun pihak berkuasa menyediakan 1000 lagi tong sampah, masalah sampah tetap ada kerana individu yang menjana sampah sendiri bukannya disebabkan jumlah tong sampah yang disediakan. Sekiranya lebih banyak tong sampah disediakan, akan menyebabkan pantai berbau busuk di merata-rata tempat di sepanjang pantai dan memburukkan keindahan pantai. Aminuddin menekankan kepada semua pihak agar mengambil perhatian terhadap sampah di pantai Port Dickson. Beliau menggesa orang ramai agar tidak membuat sampah dan sekiranya tong sampah penuh, bawa pulang sampah tersebut untuk dilupuskan di rumah dan bukannya membuang sampah di merata-rata tempat. Pernahkan anda menghargai pengorbanan yang dilaksanakan oleh pekerja pembersihan? Mereka mula melakukan kerja pembersihan seawall jam 6 pagi hingga 7 malam. Namun, hanya beberapa orang sahaja yang memahami dan menghargai usaha yang dilaksanakan oleh mereka dan yang lainnya meneruskan aktiviti membuang sampah sesuka hati. Beliau berharap orang ramai dan pengunjung dapat membuat perubahan. Pihak berkuasa tidak mahu menggunakan kaedah mendenda dan penguatkuasaan undang-undang untuk berhadapan dengan pesalah dan hanya mengenakannya kepada mereka yang melanggar undang-undang sehingga memerlukan pihak berkuasa untuk membuat keputusan. Beliau menggesa semua orang untuk memberikan kerjasama kepada MPPD dan SWM untuk meneruskan kempen kesedaran bagi mendidik orang ramai untuk menyayangi pantai. MPPD Mengeluarkan 88 Saman Kepada Ulat Sampah Menurut laporan SWCorp, MPPD telah mengeluarkan sebanyak 88 saman dalam tempoh ini kepada individu yang membuang sampah. Terdapat 18 buah pantai di Port Dickson yang dibersihkan setiap hari dan terdapat sejumlah 200 buah tong sampah 120 liter dan 21 buah tong sampah berkapsiti 1,100 liter disediakan di sepanjang pantai Port Dickson.

http://