Melaka Bersih, Teknologi Perkasa Pengurusan Sisa

...

MELAKA, 23 August 2026

Bagi kebanyakan orang, lori sampah mungkin sekadar kenderaan yang datang mengangkut
sisa dari rumah.

Namun bagi M. Sirether, 49, lori itu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya selama 25 tahun dan saksi bagaimana industri pengurusan sisa pepejal berubah seiring kemajuan teknologi, selari dengan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM26) dalam membina Malaysia yang lebih bersih, sejahtera dan mampan.

Daripada dahulunya kerja banyak bergantung kepada tenaga manusia dan pemantauan secara manual, Sirether kini melihat  lori sampah dilengkapi sistem pengesanan, manakala setiap tong mempunyai nombor siri yang membolehkan lokasinya dikenal pasti dengan 
lebih mudah. 

Memulakan kerjaya sebagai penyelia di SWM Environment Sdn Bhdpada 2001, Sirether bukan sahaja menghabiskan lebih dua dekadmengurus sisa, malah menyaksikan sendiri perubahan cara kerjayang semakin pantas, tersusun dan berteknologi.

Daripada lori sampah yang hanya dilihatnya sebagai kenderaanmengangkut sisa ketika kecil, kini kenderaan itu dilengkapi sistempengesanan yang membolehkan pergerakannya dipantau secaramasa nyata, manakala tong sampah mempunyai nombor siriuntuk memudahkan pengesanan.

Katanya, penggunaan Sistem Pengesanan Kenderaan Automatik(AVLS) membolehkan pergerakan lori dipantau, manakala nomborsiri pada tong sampah membantu pihak pengurusan mengetahuilokasi dan pemilik tong berkenaan.

"Apabila tong diangkat, nombor siri akan direkod. Jadi denganmudah kita boleh tahu tong itu berada di kawasan mana, siapapemiliknya dan kalau berlaku kehilangan atau pertukaran tong,kita boleh kesan.

"Malah teknologi turut mengurangkan kebergantungan kepadatenaga fizikal menerusi penggunaan mesin pancutan airbertekanan tinggi yang memudahkan kerja membersihkanlongkang tertutup," katanya kepada Bernama.

Sirether berkata teknologi sahaja tidak mampu menjadikan Melakabenar-benar “merdeka” daripada masalah sampahmemandangkan sikap segelintir masyarakat yang masihmembuang sampah sesuka hati, sekali gus menjadi antaracabaran utama petugas pembersihan di lapangan.

Bagi penyelia operasi Suhaimi Jantan, 48, aspek kebersihanmempunyai makna yang lebih besar bagi Melaka sebagai negeripelancongan dan warisan terutama pada hujung minggu, cutiumum dan ketika berlangsungnya acara besar.

Beliau yang berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang ituberkata operasi kutipan di kawasan tertentu seperti pusat bandardan kawasan komersial juga perlu dimulakan lebih awal ataupada tengah malam bagi mengurangkan gangguan kepadapenduduk dan pengguna jalan raya.

"Seperti Sambutan Hari Kebangsaan atau Ambang Tahun Baru, memang pengunjung ramai terutama di lokasi sambutan atau tempat tumpuan pelancong. Jadi kita boleh jangka jumlahsampah akan meningkat dan di sinilah teknologi sangat membantu petugas melaksanakan tanggungjawab dengan lebih pantas," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata penempatan tenaga kerja di setiap kawasan ditentukan berdasarkan keluasan, jenis dan skop perkhidmatan serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Transformasi itu berlaku ketika Melaka berdepan skala pengurusan sisa pepejal yang besar dengan purata kira-kira 1,100 tan sisa dikutip setiap hari bersamaan sekitar 33,000 tan sebulan.

"Jumlah berkenaan memerlukan tenaga kerja yang ramai, dengan SWM Environment mempunyai kira-kira 1,500 pekerja di seluruh negeri selain lebih 500 tenaga kerja pembersihan daripada kontraktor yang dilantik.

"Jadi sudah tentu teknologi kini menjadi antara pemangkin utama dalam memastikan operasi berkenaan lebih cekap, termasuk penggunaan AVLS, sistem pengurusan fleet, motosikal roda tiga berkuasa elektrik (EV Sidecar) dan jentera sapuan automatik,”
katanya.

Beliau berkata teknologi bukan sekadar memudahkan kerja, tetapi membantu SWM Environment menyampaikan perkhidmatan yang lebih cekap, pintar dan mampan.

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2597972