Pengorbanan M. Kavita besarkan lima anak sentuh hati PM Anwar
KUALA LUMPUR, 19 August 2026
Kisah pengorbanan seorang pekerja pembersihan M. Kavita yang lebih 12 tahun meredah panas dan hujan demi membesarkan lima anaknya, menyentuh hati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Datuk Seri Anwar berkata segala penat lelah dan pengorbanan Kavita akhirnya terbalas apabila kelima-lima anaknya berjaya dalam bidang masing-masing.
“Semoga saudari Kavita dan seluruh warga pekerja pembersihan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan penghormatan yang selayaknya.
“Terima kasih atas segala bakti dan keringat dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan kita semua,” katanya.
Perdana Menteri berkata pengorbanan Kavita turut dihargai menerusi Anugerah Khas pada Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan 2026 anjuran SWCorp, semalam.