Dengan 40,000 ahli, program kitar semula KITARecycle dilihat sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan.
PORT DICKSON, 08 May 2026
Program kitar semula KITARecycle di Negeri Sembilan terus mencatatkan pencapaian memberangsangkan. Sehingga Mac 2026, jumlah keseluruhan ahli di negeri ini telah mencecah 44,936 orang.
Pada tahun lalu, para ahli berjaya mengumpul sebanyak 4,532,796 mata ganjaran kitar semula (RP), bersamaan nilai ganjaran tunai sebanyak RM226,639.80. Pencapaian ini sekali gus menggalakkan penyertaan masyarakat dalam usaha pemeliharaan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan amalan kitar semula.
Data menunjukkan bahawa sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2026, sebanyak 229.5 tan bahan kitar semula berjaya dikumpulkan di Negeri Sembilan. Manakala bagi keseluruhan tahun 2025, jumlah kutipan kitar semula mencecah 863 tan, meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tahun 2024.
Berdasarkan rekod dari tahun 2022 hingga Januari 2026, kertas merupakan bahan yang mencatat jumlah kutipan tertinggi dengan 1,700.6 tan, diikuti plastik sebanyak 650.1 tan, logam 167.8 tan serta sisa elektronik sebanyak 78.9 tan.