SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN

...

TELOK MAS, 21 March 2026

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib baik sempena Aidilfitri tahun ini.

Menerusi program SWM Kasih Santun SWM Environment dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Alai telah mengadakan ziarah kasih ke enam rumah bagi menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, menerusi program itu, pihaknya bersama pemimpin setempat telah menziarahi warga emas uzur, pesakit kronik, orang kurang upaya (OKU) serta individu sebatang kara di sekitar Kampung Alai.

Jelas beliau, ia sebagai usaha meringankan beban mereka menjelang pada lebaran tahun ini.

“Pendekatan turun padang ini mencerminkan keprihatinan berterusan syarikat dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat.

“Melalui program ini, SWM Environment menyalurkan sumbangan berupa aneka kuih raya dan barangan keperluan makanan bagi membantu penerima meraikan Aidilfitri dengan lebih bermakna,” katanya.

Mohd Norlisam berkata, program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan SWM Environment dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat serta menyemai nilai keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat.

“SWM Environment komited untuk terus memperluas pelaksanaan program CSR yang berimpak tinggi dalam usaha membina komuniti yang lebih inklusif, penyayang dan sejahtera, selaras dengan peranan syarikat dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan kelestarian sosial,” tambahnya.

Program itu turut disertai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Alai yang diketuai Pengerusinya, Ibrahim Abd Latif, itu secara tidak langsung memperlihatkan kerjasama erat antara pihak syarikat, pemimpin komuniti dan masyarakat dalam memupuk semangat kebersamaan.

https://www.melakahariini.my/swm-environment-ukir-senyuman-lebaran/