IBU TUNGGAL MENDAPAT ANUGERAH HERO PEKERJA PEMBERSIHAN

...

MELAKA, 18 June 2020 Seorang pekerja bernama Pn Rohani yang berhidmat dengan SWM selama 11 tahun menerima anugerah Hero Pekerja Pembersihan sempena sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2020. Menurut kenyataan dari pihak SWM, beliau berusia 53 tahun dan berkhidmat dengan SWM selama 11 tahun dan adalah seorang ibu tunggal kepada 4 orang anak. Beliau dipilih sebagai Hero Pekerja Pembersihan mewakili SWM Melaka berlandaskan pencapaian beliau yang cemerlang dari segi prestasi kerja, memberi sepenuh komitmen, dan pergaulan dengan semua pekerja dengan baik. Majlis ini diadakan di ibu pejabat SWCorp dan anugerah ini disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YB Zuraida Kamaruddin. Penerima anugerah akan menerima sijil dan wang tunai RM1,500.00. Rohani berkata, beliau bekerja di SWM untuk menyara hidup dan membesarkan anak-anak. Beliau rasa bangga kerja di SWM dan akan terus berkhidmat dan memastikan kawasan Alor Gajah sentiasa bersih di bawah perkhidmatan beliau. Anugerah Hero Pekerja Pembersihan adalah satu anugerah yang menghargai jasa pekerja pembersihan yang sentiasa bertungkus lumus untuk memastikan kebersihan alam sekitar. Sumbangan pekerja pembersihan adalah amat besar untuk negara.

http://