Aidilfitri: Lebih 1,500 anggota pembersihan terlibat operasi di Melaka

...

MELAKA, 12 March 2026

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment)menggerakkan lebih 1,500 anggota pembersihan dan 329 jentera bagimelaksanakan Strategi Operasi Aidilfitri di seluruh Melaka dari 16 hingga 24Mac.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordinberkata operasi melibatkan tiga fasa, iaitu sebelum Aidilfitri dari 16 hingga 20Mac, semasa (21 hingga 22 Mac) dan selepas (23 hingga 24 Mac)bagi memastikan tahap kebersihan awam terpelihara serta kutipan sisalancar.

“Tumpuan diberikan kepada operasi berjadual kutipan sisa domestik danpukal, operasi berjadual di pasar awam, kutipan sampah tong berpusat atau
hotspot serta kerja pembersihan di pusat bandar, pantai dan tempat awam.

“Bagi memastikan kelancaran operasi, jadual kutipan sisa domestik diawalkanbermula 12 tengah malam pada malam hari raya manakala kutipan di tongberpusat dan jalan utama dilaksanakan pada Aidilfitri pertama,” katanya.

Mohd Norlisam berkata demikian pada sidang media strategi operasi hariraya dan iftar SWM Environment bersama-sama agensi rakan strategik, mediadan anak yatim 2026 di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Operasi Wilayah SWM Environment Melaka dan JohorUtara Khaw Su Aun dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal danPembersihan Awam (SWCorp) Melaka Nor Zaki Md Nor.

Mohd Norlisam berkata SWM Environment memberi perhatian khusus di 77lokasi hotspot tong sampah berpusat bagi mengawal risiko longgokan sisasepanjang musim perayaan.

Daripada jumlah itu, 37 terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya MelakaBersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (16), Majlis PerbandaranJasin (19) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (lima).

Beliau juga meminta kerjasama penduduk dengan memastikan kenderaandiparkir tidak menghalang laluan jentera pembersihan bagi memastikankelancaran operasi.

“Orang ramai juga diminta memastikan sampah atau sisa makanan diurusdengan baik seperti mengikat plastik sampah dan dimasuk ke dalam tongsampah agar tidak bersepah selain mengamalkan pengasingan sisa.

“Sisa mercun atau bunga api juga perlu dipastikan padam sepenuhnyasebelum membuangnya ke dalam tong sampah bagi mengelak perkara lain berlaku,” katanya.

Mohd Norlisam berkata sepanjang tempoh operasi, Bahagian Aduan SWM akan menguruskan semua aduan penduduk yang boleh disalurkan menerusi talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau Unit Aduan Awam SWM 012-6180082 atau SWM Environment Melaka 06-3359000.

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2533773