SWM KASIH MISI SAMPUL MERAH BERSAMA WARGA EMAS RUMAH SEJAHTERA MASAI

...

JOHOR BAHRU, 13 February 2020 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama warga emas dari Rumah Sejahtera Masai, Pasir Gudang. Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris memaklumkan bahawa sumbangan tersebut berkesinambungan daripada program seumpamanya yang menyalurkan sumbangan kepada golongan berpendapatan 40% terendah (B40) di Mersing bulan lalu. Jelasnya, pihak SWM Environment menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada pihak pengurusan rumah kebajikan tersebut. Selain itu, warga emas berkenaan turut menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan di samping aktiviti gotong-royong pembersihan yang di sekitar rumah kebajikan tersebut.