Kutipan KITARecycle di Melaka rekod lebih 230,000 kilogram tahun lepas
MELAKA, 28 January 2026
Sebanyak 234,143 kilogram sisa kitarsemula berjaya dikumpulkan di Melaka sepanjang 2025 menerusiprogram kitar semula berganjaran KITARecycle, sekali gusmencerminkan peningkatan ketara tahap kesedaran masyarakatterhadap amalan dan gaya hidup lestari.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam MohdNordin berkata jumlah kutipan itu meningkat lebih 16,000 kilogramberbanding 217,545 kilogram yang dikumpulkan pada 2024.
Pencapaian ini mencerminkan komitmentterhadap kepentingan alam sekitar melalui usaha mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan,selari dengan aspirasi pembangunan bandar yang mampan danberdaya huni.
“Sepanjang tempoh itu, kategori kertas dan plastik mencatatkankutipan tertinggi masing-masing sebanyak 95,931 kilogram (95.93tan) dan 40,605 kilogram (40.61 tan),” katanya dalam satukenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Norlisam berkata peningkatan kutipantersebut turut dipacu oleh sambutan memberangsangkan ahliKITARecycle yang menghantar barangan kitar semula ke fasilitipengumpulan yang disediakan di seluruh negeri ini.
Beliau berkata SWM Environment amat berbesar hati denganperkembangan positif itu dan terus komited menggalakkanmasyarakat menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagiandaripada gaya hidup seharian bagi memelihara kelestarian alamsekitar.
Katanya Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK) di Taman BotanikalMelaka mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 63.38 peratus,dengan jumlah penerimaan 46,785 kilogram sepanjang 2025berbanding 28,636 kilogram pada tahun sebelumnya.
“Ini membuktikan fasiliti seperti PPLK semakin diterima masyarakatsetempat kerana memudahkan akses penghantaran barangankitar semula.
"Bagi memperluaskan akses kepada orang ramai, barangan kitarsemula boleh dihantar ke beberapa fasiliti pengumpulan di bawahinisiatif KITARecycle termasuk di Pangsapuri Sungai Putat, BatuBerendam, TS Park Taman Desa Bertam, serta lebih 60 fasiliti lainmerangkumi pusat pengumpulan dan sangkar kitar semula diseluruh Melaka," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata jumlah keahlian KITARecycle diMelaka juga meningkat kepada hampir 25,000 ahli sehinggaDisember 2025 berbanding 16,783 ahli pada 2024.
“Peningkatan ini bukan sahaja menyumbang kepadapengurangan sisa pepejal, malah menyokong kejayaan Melakameraih pengiktirafan antarabangsa termasuk ASEAN Clean TouristCity Award sempena ASEAN Tourism Awards 2024 dan 2026,”katanya.