Seramai 200 Orang Sukarelawan Membersihkan Pantai Dan Mengutip Lebih Daripada 10,000 Keping Sampah.
PORT DICKSON, 21 September 2025
SWM Environment Negeri Sembilan, bersempena sambutan World Clean Up Day (WCD) 2025, telah menganjurkan program pembersihan pantai di Pantai Saujana, Port Dickson. Tahun ini, para sukarelawan berjaya mengutip lebih daripada 12,000 item sampah, termasuk 7,236 puntung rokok.
Program ini menghimpunkan seramai 200 sukarelawan yang terdiri daripada Majlis Perbandaran Port Dickson, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), syarikat swasta, sekolah menengah kebangsaan, universiti awam, universiti swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik Nilai (IPGKPT) turut menghantar lebih 40 orang bakal guru, menjadikannya institusi yang menghantar wakil paling ramai pada program kali ini.
7,236 Puntung Rokok Dikumpul
Inisiatif tahunan ini yang mula diperkenalkan sejak tahun 2019 kini memasuki tahun ketujuh penganjurannya. Ia bertujuan menyokong agenda kebersihan awam, mengurangkan pencemaran sisa pepejal, serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan rekreasi dan
Sejumlah 7,236 puntung rokok yang dikutip tahun ini adalah lebih rendah berbanding 17,160 puntung rokok pada tahun lalu. Selain itu, sukarelawan juga mengutip 3,274 bahan plastik, 1,666 kepingan kertas dan barangan logam, serta 687 jalur getah.
Jenis-jenis sampah kecil seperti puntung rokok dan plastik pakai buang masih mendominasi pencemaran di kawasan pantai. Data yang diperoleh jelas menunjukkan tahap pencemaran yang serius, sekali gus menekankan kepentingan meneruskan inisiatif pembersihan pantai sempena World Clean Up Day. Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran masyarakat terhadap kesan negatif pencemaran plastik terhadap ekosistem marin dapat terus dipertingkatkan.
SWM Environment Negeri Sembilan akan mengasingkan sampah yang dikutip mengikut kategori untuk tujuan analisis dan kitar semula, kerana kebersihan dan kelestarian bumi merupakan khazanah berharga untuk generasi akan datang.