SWM bersama stesen radio cabar rekod dunia, kumpul 10,000 kilogram botol plastik sempena Bulan Kebangsaan

...

SEREMBAN, 27 August 2025

SWM Environment Sdn Bhd dengan kerjasama stesen radio Negeri FM telah melancarkan misi mengumpulkan 10,000 kilogram botol plastik sempena Bulan Kebangsaan.

Inisiatif ini merupakan kerjasama julung kali diadakan antara kedua-dua pihak dengan matlamat untuk mencabar Malaysia Book of Records, iaitu mengumpulkan sebanyak 10,000 kilogram (10 metrik tan) botol plastik di seluruh negara bersempena Program Madani Rakyat 2025 dan sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Pengurus Besar SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam, menyatakan bahawa pihaknya menyambut baik inisiatif dan matlamat program ini, yang selaras dengan misi syarikat dalam mempromosikan gaya hidup lestari dalam kalangan masyarakat.

Beliau amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan stesen radio Negeri FM yang bersempena slogannya “Ingat Sampai Bila-Bila”, dalam melaksanakan projek kelestarian alam sekitar “KITARecycle” yang ditaja oleh syarikat tersebut.

Katanya, kerjasama ini amat bermakna kerana bukan sahaja berhasrat untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records, malah turut menjadi lambang perpaduan, tanggungjawab bersama dan semangat patriotisme melalui usaha-usaha kelestarian alam sekitar.

Beliau juga mengalu-alukan penyertaan orang ramai, khususnya penduduk Negeri Sembilan, untuk bersama-sama menjayakan kempen ini dengan menghantar botol plastik terpakai ke 98 pusat kitar semula KITARecycle di Negeri Sembilan mulai sekarang sehingga 30 Ogos.

Fasiliti KITARecycle di Negeri Sembilan
1) Pusat Pandu Lalu (Drive-Thru):
a.    Majlis Bandaraya Seremban
b.    OSK Iringan Bayu
c.    Bandar Ainsdale
d.    Nilai Impian
e.    Tampin
f.    Port Dickson
g.    D’Tempat Sendayan

2) Rumah KITARecycle di Kawasan Perumahan:
a.    Rimbun Ara
b.    Rimbun Vista
c.    Saujana Tropika
d.    Vision Homes
e.    Aviva Green
f.    Kalista
g.    Sonata
h.    Serena
i.    Pearl
j.    Sakura
k.    Melody
l.    Suria
m.    SJK(C) Tung Hua, Seremban 2
n.    SK Seremban 2B

3) Drop-off KITARecycle Collection Point:
a.    Depoh SWM, Jalan Haruan 8, Oakland Industrial Park, Seremban
b.    Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
c.    Taman Jentayu, Bandar Enstek
d.    Kota Seriemas (Laman Mawar & Laman Cempaka Sri 1)
e.    Bukit Kepayang Height, Seremban
f.    GUH Property, Seremban
g.    Majlis Daerah Rembau
h.    Majlis Daerah Kuala Pilah

4) Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Sejati Madani:
a.    Kampung Baru Bahau
b.    Kampung Baru Nilai
c.    Vision Homes, Seremban