Sasaran Kutipan Sebanyak 1,000 Tan. Melalui Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Negeri Sembilan

...

SEREMBAN, 21 August 2025

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, Arulkumar Jambunathan  memaklumkan bahawa pihaknya menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 1,000 tan atau sejuta kilogram bahan kitar semula melalui pusat kitar semula pandu lalu (DTRC) di negeri ini.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri program anjuran Syarikat SWM Environment Sdn Bhd Negeri Sembilan di Pusat Kitar Semula Kampung Baru Bajam di sini, beliau berkata Kerajaan Negeri Sembilan telah menetapkan sasaran 100% kadar kitar semula menjelang tahun 2024.

Menurut beliau, jumlah kutipan bahan kitar semula ketika ini ialah sebanyak 724 tan. Berdasarkan trend kutipan setakat ini, beliau yakin bahawa DTRC yang diuruskan oleh  SWM Environment Sdn Bhd mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini.

Setakat ini, sebanyak 32 pusat telah beroperasi di seluruh negeri. Lima lagi pusat dijangka beroperasi pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan DTRC di Negeri Sembilan sebanyak 37 buah, kata Arul Kumar.

Memandangkan SWM Environment Sdn Bhd turut bertanggungjawab dalam membantu menjayakan usaha kitar semula ini, beliau menyeru orang ramai agar bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula dengan menggunakan pusat-pusat berkenaan.

Arul Kumar berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek kitar semula gitar di fasiliti DTRC Sejati Madani, Kampung Baru Pajam di sini.

Dalam ucapan di majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif SWM Environment Sdn Bhd, Mohamad Norlisam bin Mohamad Nordin berkata bahawa platform pendidikan melalui projek ini adalah sebahagian daripada pendekatan strategik syarikat untuk memperkasakan masyarakat melalui penglibatan aktif dalam pengurusan sisa yang teratur dan berkesan.