Program Gotong-royong Perdana Bersama Penduduk JPKK Kg Baru Rasah

...

SEREMBAN, 15 August 2025

Bagi meningkatkan kesedaran pencegahan demam denggi, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Baru Rasah akan menganjurkan aktiviti gotong-royong komuniti pada 17 Ogos (Ahad) bermula jam 7.30 pagi. 
Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Seremban, SWM Environment Sdn Bhd, dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Penduduk diminta berkumpul di Pusat Khidmat ADUN Rahang, Kg Baru Rasah.

ADUN Rahang, YB Siau Meow Kong, berkata program ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kebersihan rumah dan persekitaran.  Pihak penganjur akan menyediakan ubat pembasmi nyamuk untuk membantu penduduk meletakkannya di kawasan pembiakan nyamuk, bagi mencegah penularan wabak denggi.

Beliau menyeru semua penduduk dan orang awam untuk turut serta, berganding bahu mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selamat dan bersih.