Selaras dengan penjenamaan “Pesona Seremban”, SWM akan melaksanakan kerja pembersihan longkang secara berkala

...

SEREMBAN, 06 August 2025

Bagi menyokong penjenamaan bandar “Pesona Seremban”, SWM Environment Sdn Bhd melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang secara berkala bagi memastikan sistem saliran berjalan lancar serta persekitaran kekal bersih, ke arah membina bandar yang bersih, indah dan menarik untuk pelancong.

Pengurus Besar SWM Environment Sdn Bhd, Mohamad Norlisam berkata, syarikat tersebut komited terhadap kelestarian alam sekitar dengan menjalankan kerja pembersihan longkang secara sistematik di seluruh daerah dalam negeri ini bagi mengelakkan saliran tersumbat, mengurangkan pencemaran, mengatasi takungan air serta risiko penularan penyakit.

Menurut beliau, semua kerja pembersihan ini dilaksanakan oleh pekerja pembersihan terlatih dengan bantuan peralatan berteknologi tinggi seperti ultra whack vacuum cleaner, water jet dan peralatan khas lain, bagi memastikan keberkesanan serta keselamatan operasi.

“Kaedah kerja seperti ini dapat menambah baik kecekapan sistem saliran dan menyokong matlamat pembangunan bandar lestari,” ujarnya.