SWM MEMPROMOSI AKTIVITI KITAR SEMULA. AHLI KELAB DAN KAKITANGAN D’TEMPAT MEMBERI SOKONGAN BAIK

...

NILAI, 07 February 2020 Program KITAR3cycle SWM telah mendapat maklumbalas dan sokongan positif daripada kakitangan dan ahli kelab d’Tempat Country Club. “Seramai 50 kakitangan d’Tempat berdaftar di bawah Program KITAR3CYCLE dan jumlah tersebut akan semakin meningkat dengan sesi taklimat dan juga kaunter penerangan dan pendaftaran yang dijalankan dari semasa ke semasa,” kata Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan, Dr. Al’Ashari Bin Haji Othman. Katanya lagi, dalam pada itu, SWM Environment dan d’Tempat juga akan mengatur program susulan bersama ahli-ahli kelab d’Tempat bagi pelaksanaan program KITAR3cycle dan ahli kelab pada masa terdekat ini. Melalui usahasama ini juga, pihak SWM Environment mengharapkan d’Tempat boleh menjadi contoh teladan yang baik dan galakan kepada komuniti setempat di kawasan perbandaran Bandar Sri Sendayan yang meliputi sejumlah 22 buah taman perumahan dan hampir 20,000 penduduk dan ahli-ahli kelab untuk bersama-sama menyertai program KITAR3CYCLE SWM Environment. Program KITAR3CYCLE ini akan dijadikan sebagai salah satu aktiviti ahli-ahli kelab di samping aktiviti riadah lain yang disediakan di d’Tempat. Pihak SWM Environment mengalu-alukan penglibatan taman-taman perumahan, badan-badan kerajaan, swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama terlibat dalam program KITAR3CYCLE yang bermanfaat kepada semua. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung inisiatif KITAR3CYCLE boleh disalurkan kepada pihak SWM Environment melalui Talian WhatsApp di 012 618 0082