SWM ENVIRONMENT MEMASUKI ARA SENDAYAN MEMPROMOSIKAN KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA

...

Seremban, 15 March 2023

(Seremban, 14.03.2023) SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menjalin kerjasama strategik bersama Persatuan Penduduk Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan bagi menjalankan kutipan barangan kitar semula secara bersasar melalui program KITARecycle dari rumah ke rumah di Negeri Sembilan.

Pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak syarikat bersama-sama penduduk Ara Sendayan telah melancarkan aktiviti kitar semula di Ara Sendayan pada pagi ini untuk meningkatkan kesedaran awam bagi penjagaan alam sekitar.

Dalam kenyataan menyatakan bahawa kutipan bersasar barangan kitar semula ini melibatkan sejumlah 1,224 buah rumah dilaksanakan bagi memperhebatkan lagi program kesedaran KITARecycle melalui pendidikan amalan pengasingan di punca.

Memupuk Tabiat Alam Sekitar

Penduduk perlu mendaftar sebagai ahli KITARecycle dan diminta untuk meletakkan barangan kitar semula pada setiap hari Selasa sebelum jam 7:30 pagi dengan menampal atau menulis nombor kod QR dan meletakkannya di tepi tong sampah beroda.

Pendidikan dan pelaksanaan aktiviti kitar semula secara bersasar didapati dapat membantu peningkatan penglibatan orang ramai contohnya seperti di Taman Vision Homes, Seremban 2. Mereka terlibat dengan program KITARecycle sejak tahun 2019 dan sehingga Februari 2023, yang telah berjaya mengumpulkan 170 ribu kilogram barangan kitar semula dari dilupuskan ke tapak pelupusan. Selain itu, program kerjasama bersama pemaju hartanah IJM Land Seremban 2 juga tidak terkecuali mengguna pakai program KITARecycle dari tahun 2022 yang telah mengumpulkan sebanyak 26 ribu kg di Seremban 2 dan S2 Heights” tambah beliau.

Selain kemudahan fasiliti dan pendidikan sedia ada yang digerakkan oleh SWM Environment seperti Pusat Pandu Lalu KITARecycle yang dibina di Wisma MBS, Majlis Bandaraya Seremban, Pusat Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (Hab CEPA) di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan kenderaan bergerak KITARecycle yang menjelajah segenap pelusuk Negeri Sembilan oleh pasukan 3R Troopers, SWM Environment mengalukan kerjasama strategik dari pelbagai pihak termasuk pemaju perumahan, agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat bagi bersama-sama mengubah tingkah laku orang ramai terhadap amalan kitar semula selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari yang memfokuskan kepada teras penggunaan dan pengurusan sisa pepejal secara berkesan bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar terjamin.