SWM ENVIRONMENT FOKUS OPERASI BAZAAR RAMADHAN

...

Johor Bahru, 23 March 2023

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) akan memberi fokus kepada operasi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di 112 tapak bazar Ramadan di 15 kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, sebanyak 55 buah lori kompaktor dan 200 kemudahan tong sampah bersama seramai 260 orang anggota telah ditugaskan untuk memastikan kelancaran operasi tersebut. 

Pihak SWM Environment memohon kerjasama para peniaga dan pengunjung bazar Ramadan untuk memastikan kebersihan di setiap bazar Ramadan dengan memanfaatkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan tersebut. 

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk menerapkan sasaran Kempen Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran sempena bulan Ramadan ini.”

Sementara itu, pihak SWM Environment juga akan menumpukan kepada perkhidmatan Kutipan +1 bagi menguruskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula membabitkan seramai 720 orang anggota bersama sebanyak 240 buah lori kutipan.