SERAMAI 250 PENGHUNI PUSPEN MUAR MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMPENA KEMPEN JOM HIJAU & KITARECYCLE ANJURAN SWM ENVIRONMENT SDN BHD, (SWM ENVIRONMENT) DENGAN KERJASAMA PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN)

...

Muar, 28 February 2023

Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Muar telah mengadakan Kempen Jom Hijau dan KITARecycle bersama SWM Environment Sdn. Bhd. yang melibatkan seramai 250 penghuni PUSPEN untuk mempromosikan pemeliharaan persekitaran.

 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Pengarah PUSPEN Muar, Tuan Haji Mohd Faisal bin Maksom telah tandatangan Surat Niat (LoI) dalam memperkukuhkan kerjasama anatara dua pihak untuk memperkasakan inisiatif berkaitan kelestarian alam sekitar dan aktiviti 3R.

 

Mohd Norlisam berkata, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada komuniti mengenai pemeliharaan persekitaran, pihak syarikat telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Muar untuk menggalakkan warga dan penghuni PUSPEN untuk turut serta dalam menjaga persekitaran.

 

Tambahnya lagi, melalui aktiviti yang dilakukan ini dapat memberi nilai tambah kepada penghuni PUSPEN dalam melakukan pengasingan sisa dan mengimplementasikan polisi 3R.

 

Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab dalam memelihara persekitaran dan berharap semua penghuni PUSPEN dapat mempraktiskan amalan 3R dalam kehidupan seharian.

 

Melalui Kempen ini, penghuni PUSPEN telah diberikan Taklimat Pengasingan Sisa dan KITARecycle, Pameran 3R oleh 3R Troopers dan Pertandingan From Waste to Reycle.