250 ORANG PENGHUNI PUSAT PEMULIHAN NARKOTIK (PUSPEN) TELAH MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

...

Muar, 25 February 2023

Seramai 250 penghuni PUSPEN Muar menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena Kempen Jom Hijau & KITARecycle anjuran SWM Environment Sdn Bhd, (SWM Environment) dengan kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN Muar) hari ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam bin Mohd Nordin berkata, program yang dijalankan adalah usaha syarikat dalam mempergiatkan aktiviti kesedaran terhadap persepsi pembuangan sisa terutamanya bahan-bahan yang boleh dikitar semula serta memberi manfaat kepada warga PUSPEN Muar dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem dan persekitaran yang bersih.

Beliau berkata, “Dengan cara ini, penghuni dan kakitangan PUSPEN boleh membiasakan dengan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian sekaligus dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal ke tapak perlupusan melalui aktiviti.

Tambahnya, pihak SWM Environment berharap melalui penganjuran program ini dapat memberi kesedaran dan nilai tambah kepada dalam diri penghuni PUSPEN. Turut dipromosikan aplikasi mata berganjaran, KITARecyle kepada warga PUSPEN Muar.

 

Turut diadakan Majlis Tandatangan Surat Niat (LoI) antara SWM Environment dengan Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN), Muar untuk memperkasakan kerjasama dalam inisiatif berkaitan kelestarian alam sekitar dan aktiviti 3R.