SWM ENVIRONMENT DAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MENYASARKAN UNTUK MENCAPAI 30 TAN SISA MAKANAN

...

Batu Pahat, 06 February 2023

Kerjasama SWM Environment melalui entiti tanggungjawab sosial Korporat dengan SWIDWEB Solutions dibawah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diteruskan dengan menyasarkan 30 tan metrik sisa makanan bagi tahun 2023 .

Program Pengkomposan Sisa Makanan dan KITARecycle telah dilancarkan pada Februari 2021 sehingga Disember 2022 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 25 tan metrik sisa makanan melibatkan beberapa pusat komuniti di sekitar daerah Batu Pahat.

Professor Madya Ir. Dr. Noor Yasmin Zainun, Ketua Projek bagi program ini berkata, “Pengkomposan ini menggunakan serangga ‘black soldier fly larva’ bertujuan untuk mengurangkan kapasiti pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah dan program ini telah diperluaskan di beberapa kawasan daerah Muar”.

Tambahnya, “kutipan yang dilakukan oleh SWM Environment ini bukan sahaja kepada sisa makanan tetapi turut dilakukan kutipan barangan kitar semula melalui aplikasi KITARecycle. Sebanyak 4,128 kg telah berjaya dikumpulkan sepanjang program ini telah dijalankan”.

Dia berkata, “melalui projek ini membuktikan bahawa kerjasama erat pelbagai pihak melalui inisiatif kelestarian amat diperlukan. Kesedaran komuniti terhadap kepentingan pemeliharaan persekitaran dan program kelestarian dapat diterapkan dari rumah”.

Pihak SWM Environment dan UTHM berharap penganjuran program pengkomposan sisa makanan dan KITARecycle dapat memberi impak positif kepada masyarakat untuk bersama memastikan kelestarian aam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.