Infak Barangan Kitar Semula, Bantu Rumah Kebajikan Tebus Wang Tunai

...

SEREMBAN, 20 April 2022 Pada kebiasaannya urusan infak dilakukan menggunakan wang tunai sumbangan barangan keperluan, tetapi orang ramai di Negeri Sembilan kini boleh melakukannya dengan menggunakan bahan buangan yang boleh dikitar semula. Ia menerusi program KITARecycle yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) Menurut Pengurus Besar Korporatnya, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin, orang ramai yang berminat untuk melakukan infak itu boleh menyerahkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula yang telah dikumpul kepada rumah kebajikan yang mendaftar dalam program KITARecycle.   Katanya, rumah kebajikan berkenaan pula akan mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditebus dengan wang tunai mengikut barang-barang yang diserahkan tersebut. Usaha ini bukan sahaja dapat memberikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf tetapi ia dapat menjaga alam sekitar. Sehingga kini terdapat empat rumah kebajikan dan perlindungan yang berdaftar di bawah KITARecycle di sekitar Seremban, katanya hari ini. Tambahnya, menerusi program berkenaan, wang yang dikumpulkan itu juga dapat mengurangkan kos operasi rumah kebajikan yang terlibat.  Â