SWM ENVIRONMENT MENJALANKAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR KOMUNITI DAPAT MENGUMPULKAN SEBANYAK 9184.5 KG SISA MAKANAN DAN 4327 KG BARANG-BARANG BOLEH DIKITAR SEMULA

...

BATU PAHAT, 23 February 2022 SWM Environment Sdn. Bhd. bekerjsama bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mempromosikan aktiviti pemeliharan alam sekitar di sekitar komuniti Batu Pahat. Program ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 9184.5 kg sisa makanan dan 4327 kg sisa boleh dikitar semula dalam masa setahun. Pihak SWM Environment telah memulakan program ini sejak Februari tahun lepas melalui kerjasama SWIDWEB Solutions dan Pusat Penyelidikan Sisa Pepejal (PPSP) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan 2 buah pusat komuniti iaitu Taman Universiti dan Taman Pura Kencana. Program ini adalah Program Kutipan KITARecycle dan Program Pengkomposan Sisa Makanan. Program yang bermanfaat ini telah berjaya melibatkan seramai 50 orang penduduk di dua buah taman tersebut. Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam Mohd Nordin menyatakan bahawa tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan dan menghubungkan kerjasama yang erat bersama komuniti sambil mempromosikan amalan Pengasingan Sisa Di Punca (SAS), Konsep 3R (Reuse,Reduce,Recycle) dan Konsep sifar sampah (Zero Waste Food). Beliau mengharapkan pihak komuniti bertindak bersama dalam mempraktiskan aktiviti pemeliharaan alam sekitar dan memberikan sumbangan dalam menjaga persekitaran. Beliau juga turut percaya program ini mampu membantu meningkatkan kesedaran kepada komuniti terhadap penjagaan alam sekitar, bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran rumah yang baik dan mengurangkan jumlah sampah harian. CHINA PRESS