Kutipan Sisa Elektrik dan Elektronik. 4.36 Metrik Tan Dikutip Dalam Masa 9 Bulan.

...

SEREMBAN, 13 October 2021 Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JAS) dan SWM Environment Sdn Bhd bekerjasama dalam mempromosikan kutipan barangan elektrik dan elektronok di taman perumahan serta telah berjaya mengumpulkan sejumlah 4.36 metrik tan sisa dalam tempoh 9 bulan. Puan Azuri Azizah, Pengarah JAS Negeri Sembilan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kutipan barangan elektrik dan elektronik yang telah dilaksanakan sejak bulan Januari hingga September tahun ini telah menerima maklum balas yang baik daripada komuniti setempat, antaranya ilah Taman Alamanda, Senawang, Taman Murugesu, Ampangan, Laman Cenderawasih, Enstek dan Taman Embun Timur, Enstek. Antara sisa yang dikutip ialah komputer riba, mesin pencetak, televisyen, periuk nasi, peti ais, mesin basuh dan sebagainya telah dibawa oleh orang ramai yang terlibat semasa program. Beliau berkata bahawa JAS Negeri Sembilan dan SWM Environment bekerjasama dalam bentuk rakan strategik dengan melaksanakan kutipa barangan elektrik dan elektronik agar tidak dibuang ke tapak pelupusan sampah serta mengurangkan pencemaran alam sekitar. Mata Ganjaran Boleh Ditebus Secara Dalam Talian. Oleh kerana barangan elektrik dan elektronik mempunyai kandungan logam berat, ianya akan meresap masuk ke dalam tanah di tapak pelupusan sampah dan akan mencemarkan sumber air di bawah tanah yang akhirnya akan memberi impak negatif kepada kehidupan manusia. Beliau menekanan bahawa adalah penting untuk mengadakan program seperti ini bagi memastikan orang ramai bertanggungjawab melaksanakan pelupusan sisa dengan cara betul dan selamat serta mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Sisa elektrik dan elektronik yang dijana hendaklah dikitar semula melalui konsep ‘circular economy’. Sumber bernilai yang boleh diperolehi dari buangan elektrik dan elektronik ini mampu menyumbang kepada pembangunan lestari dan kemajuan alam sekitar. Beliau turut menyebut kaedah kitar semula melalui program KITARecycle SWM Environment iaitu sebuah program kitar semula berganjaran yang memberikan peluang kepada ahli KITARecycle mengumpul mata ganjaran melalui amalan kitar semula. Mata ganjaran tersebut boleh ditunaikan secara dalam talian. Orang ramai yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli program KITARecycle, boleh melayari laman web kitarecycle.com atau memuat turun aplikasi KITARecycle di Google Play Store atau Apple App Store atau menghubungi SWM Environment Negeri Sembilan di talian 06-6014276.