KERJA PEMBERSIHAN DI PANTAI PORT DICKSON.
PORT DICKSON, 01 July 2020 Pantai Port Dickson kini kembali meriah dengan kedatangan pengunjung setelah sepi beberapa bulan dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Justeru itu, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) memperkasakan kerja-kerja pembersihan pantai bagi memastikan kebersihan pantai sentiasa bersih dan terkawal demi keselesaan pengunjung. “Terdapat 18 buah pantai-pantai di Port Dickson berada dibawah perkhidmatan SWM Environment. Antara pantai pilihan pengunjung ialah Pantai Telok Kemang, Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang, Pantai Dickson, Pantai Cermin, Pantai Tanjung Biru, Pantai TNB Kondo, Pantai KAYNS, Pantai Purnama, Pantai Kemang Indah, Pantai Desa Lagoon, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Nelayan, Pantai Avillion, Pantai Sunshine, Pantai Legacy Hotel, Pantai Batu 1 (Pejabat Daerah) dan Pantai Tanjung Gemok,†kata Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan, SWM Environment, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman. Pekerja-pekerja SWM Environment melaksanakan kerja-kerja pembersihan di 18 buah pantai-pantai tersebut tujuh kali dalam seminggu bermula jam 6:00 pagi hingga 3:00 petang bagi pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana manakala bagi pantai-pantai lain bermula jam 7:30 pagi hingga 4:30 petang. Selain itu, penggunaan jentera berteknologi tinggi beach comber juga turut digunakan di lima buah pantai utama iaitu Pantai Cermin, Pantai Tanjung Biru, Pantai Desa Lagoon, Pantai Saujana dan Pantai Nelayan dengan kekerapan lima kali dalam seminggu. Bagi memudahkan para pengunjung melupuskan sisa yang dijana, pihak syarikat turut menyediakan tong-tong sampah berkapasiti 120 liter dan 1,000 liter di sepanjang pantai Port Dickson. Pihak syarikat menyeru orang ramai untuk bersama-sama menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan di sepanjang pantai untuk melupuskan sisa yang dijana bagi menjamin tahap kebersihan pantai daripada tercemar terutamanya ketika wabak COVID-19 masih lagi dalam fasa pemulihan. Pengunjung yang memakai pelitup muka perlu menguruskan pelupusan pelitup muka, sarung tangan dan juga sisa lain dengan betul bagi mengelakkan risiko penyebaran wabak COVID-19 kepada pengunjung lain.