Warga SWM Enviroment menjunjung kasih atas keberangkatan Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Munarah, dan Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz, Pemegang Amanah Yayasan Munarah yang berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan pakaian sekolah, beg sekolah dan peralatan persekolahan.
Kolaborasi kali kedua ini menyantuni 50 orang pelajar dengan kelengkapan persekolahan, kerana kami percaya pendidikan mampu mengubah kehidupan.
Terima kasih Yayasan Munarah atas kerjasama berterusan. Turut sama hadir ialah YM Tunku Imam, Tengku Dato' Seri Hasmuddin bin Tengku Othman, Tuan Ho De Leong, Ketua Pegawai Eksekutif, SWM Environment Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Norlisam bin Haji Mohd Nordin Pengurus Besar Korporat SWM Environment dan Tuan Cairul Hisham bin Jalaluddin, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan.