Orang Ramai Diminta Berfikir Sebelum Membuang Sampah. Pusat Kitar Semula Bukan Tempat Pembuangan Sampah.

...

SEREMBAN, 15 February 2024

Pusat kitar semula bukan tempat pembuangan sampah, sila fikirkan sebelum melupuskan! Tujuan utama pusat kitar semula adalah untuk menggalakkan aktiviti 'mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula'. Dengan mengumpulkan barang-barang yang dapat dikitar semula daripada orang ramai adalah bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada sampah. Di Bandar Seremban, kehadiran pusat kitar semula adalah ketara, namun pusat-pusat ini sering tidak digunakan dengan betul. Ada pihak mengambil kesempatan untuk  membuang sisa mereka sesuka hati.

'Limpahan' Menyebabkan Masalah Kebersihan.

Semasa menjelang Tahun Baru Cina, isi rumah sibuk melakukan pembersihan rumah, secara tidak langsung menyebabkan pusat kitar semula menerima lambakan barangan. Di samping itu, dengan banyak keluarga yang menjadi tuan rumah untuk berhimpun bersama ahli keluarga semasa perayaan ini, sisa domestik juga turut meningkat. Malangnya, kerana kurangnya kesedaran sivik, sesetengah individu secara langsung menganggap pusat kitar semula sebagai tempat pembuangan sampah dan mengabaikan tujuan yang dimaksudkan.

Barang-barang, sama ada boleh dikitar semula atau tidak, dibuang sesuka hati di pusat kitar semula, yang membawa kepada masalah kebersihan dan melemahkan usaha menjaga alam sekitar.

Menarik Perhatian Haiwan Liar

Semasa menjelang perayaan Tahun Baru Cina, akhbar komuniti 'Flower City' menerima aduan daripada penduduk di pelbagai kawasan mengenai isu kebersihan yang disebabkan oleh pusat kitar semula yang tidak digunakan dengan betul. Kecuaian ini juga menarik haiwan liar dan mengakibatkan sampah bertaburan. Lokasi pusat kitar semula yang diadukan termasuk kawasan komersil Sri Pulai, persimpangan jalan pintas ke kawasan perumahan Mont' Jade, kawasan komersil Jaya Jusco, dan persimpangan taman Green Street Homes di Seremban.

Wartawan kami melawat lokasi-lokasi ini berdasarkan aduan orang ramai dan mendapati bahawa pusat kitar semula bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai barangan tetapi juga dikelilingi oleh beg sampah yang dipenuhi dengan barangan. Beberapa pusat kitar semula mengeluarkan bau busuk, mungkin disebabkan oleh sisa domestik bercampur dengan sisa kitar semula, menjadikannya tidak disenangi untuk didekati.

Wartawan juga memerhatikan bahawa selain tempat tilam, bantal, kain mop, terdapat botol bir yang bersepah, jubin pecah, penapis air luar yang besar, dan juga bekas makanan dan sampah telah dibuang oleh penduduk berdekatan, menjadikan pusat kitar semula menjadi tempat pembuangan sampah.

Penduduk Galena: Membuang Sampah Di Sebelah Pusat Kitar Semula

Penduduk berhampiran Galena mendedahkan bahawa rumah mereka berdekatan dengan pusat kitar semula. Mereka menyebut bahawa penduduk yang tidak beretika akan membuang beg sampah di sebelah pusat kitar semula, terutamanya pada menjelang Tahun Baru Cina apabila sejumlah besar sisa terkumpul setiap hari di pusat-pusat ini.

Penduduk menyatakan bahawa barang-barang yang tidak diingini seperti bantal, kusyen, sampah domestik, dan pakaian akan ditinggalkan di sebelah pusat kitar semula, sesetengahnya berada dalam bungkusasn beg, sementara sisa lain ditinggalkan terbiar di tepi jalan dan terdedah kepada keadaan cuaca, mengakibatkannya berbau busuk. Keadaan ini menarik haiwan liar mencari makanan, menyelerakkan sisa tersebut.

Seorang penduduk mengakui bahawa disebabkan pengumpulan sampah setiap hari, mereka terpaksa menghabiskan masa setiap hari membersihkan, meletakkan sampah kembali ke dalam beg, dan meletakkannya di sebelah pokok besar untuk mengelakkannya terdedah.

"Selang beberapa hari, lori sampah melakukan kutipan sisa kitar semula, tetapi ia cepat dipenuhi semula. Sesetengah penduduk, melihat sampah di atas tanah, dan mengikutinya, dari masa ke masa, melihat tempat ini menjadi tempat pembuangan."

KITARecycle Menerima 25 Jenis Barangan Kitar Semula

Sementara itu, Pusat Pandu Lalu KITARecycle yang terletak di Majlis Bandaraya Seremban sentiasa penuh dengan barangan kitar semula sejak beberapa bulan lalu. Menurut pegawai SWM Environment, lori membuat kutipan setiap hari untuk mengambil barangan kitar semula dari pusat pandu lalu itu bagi mengekalkan kebersihan serta menyediakan ruang yang mencukupi kepada penduduk untuk meletakkan barangan kitar semula bagi mengelak ianya melimpah diluar pusat pandu lalu.

KITARecycle menerima 25 jenis barangan kitar semula termasuklah barangan kitar semula seperti perkakasan elektrik atau elektronik berskala besar dan kecil, aluminium, besi, kertas, majalah atau buku, plastic, botol kaca dan juga bateri kenderaan.

Penduduk boleh menebus mata ganjaran kitar semula kepada tunai. Oleh itu individu yang bijak, akan mempertimbangkan untuk menghantar barangan yang boleh dikitar semula ke pusat pandu lalu tersebut.

Ahli Majlis Chong Sook Ho: Tidak Dapat Bersaing Dengan Kepantasa Penduduk Melupuskan Sampah

Ahli Majlis, Chong Sook Ho mendedahkan bahawa pada bulan lalu, disebabkan oleh ketibaan Tahun Baru Cina yang semakin dekat, mereka menerima beberapa aduan mengenai pusat kitar semula yang berubah menjadi tempat pembuangan sampah, termasuk di Green Street Homes, S2 dan Galena.

Beliau menyatakan bahawa kebanyakan pusat kitar semula terletak berhampiran kawasan kediaman untuk penduduk melupuskan barangan yang boleh dikitar semula. Walau bagaimanapun, ini juga membawa masalah lain, kerana selain pembuangan secara haram, ia juga menarik orang lain untuk datang  'memburu harta karun'.

Dengan menggunakan contoh pusat kitar semula  di Green Street Homes, beberapa individu secara khusus datang ke pusat kitar semula untuk mencari barang berharga, menyelongkar semua beg sampah untuk mencari barang yang boleh digunakan dan meninggalkan sampah lain berserakan di sekitar kawasan itu.

"Walaupun berulang kali Persatuan Penduduk setempat meminta agar tidak membuang barangan tersebut sesuka hati, tetapi masih ada lagi yang tidak mematuhinya. Akhirnya, kemudahan pusat kitar semula terpaksa dipindahkan untuk menjaga kebersihan setempat."

Beliau berkata secara amnya, pertubuhan bukan kerajaan yang menubuhkan pusat kitar semula akan mengumpul barangan secara berkala. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat mengikuti kepantasan orang ramai melupuskan barangan yang boleh dikitar semula ketika menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

"Pusat kitar semula bukan tempat pembuangan sampah. Orang ramai perlu berfikir sebelum membuang sampah dan tidak menggunakan tong kitar semula sebagai tong sampah."