TAMAN DESA JATI TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI UNIVERSITI KEBANGSAAN AUSTRALIA

...

MELAKA, 25 July 2023

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jati (Acacia Park) di Nilai baru-baru ini menerima kunjungan seramai 25 orang delegasi dari Universiti Kebangsaan Australia.

 

Dalam kunjungan iti, kesemua mereka diberikan taklimat ringkas berkneaan program kitar semula KITARecycle yang dijalankan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersijan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) di dalam kawasan itu.


Delegasi yang hadir turut diberikan taklimat ringkas berkenaan taklimat ringkas berkenaan KITARecycle Community Based Program iaitu projek pengkomposan sisa makanan oleh rakan strategik SWM Enviroment, Macrotech Solution Sdn. Bhd.

 

KRT Taman Desa Jati telah berjaya mengumpulkan sebanyak lima tan barangan kitar semyla sejak menyertai program KITARecycle pada tahun 2020 dan meraih nilai mata ganjaran sekurang-kurangnya RM250 sebulan melalui jalinan permuafakatan bersama penduduk taman dengan menyumbang barangan kitar semula.