50 KELUARGA TERMASUK MANGSA BANJIR TERIMA SUMBANGAN SWM KASIH

...

MERSING, 21 February 2022 SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) tampil mengagihkan Sumbangan Kit SWM Kasih berbentuk barangan keperluan dapur kepada 50 buah keluarga dari sekitar Mukim Mersing berpendapatan rendah termasuk yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pengagihan sumbangan tersebut dilaksanakan sempena penganjuran program tanggungjawab sosial korporat, SWM Kasih Misi Sampul Merah bagi berkongsi kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina dan meringankan beban mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup. Jelas beliau, pengagihan Sumbangan Kit SWM Kasih tersebut mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Mersing (MDM) yang mempermudah proses saringan penerima bagi memastikan sumbangan tersebut diterima oleh kumpulan sasar. Malah, kerjasama tersebut juga telah melancarkan proses pengagihan sumbangan yang dihantar secara terus kepada penerima di kediaman masing-masing. Terdahulu, Mohd Norlisam bersama Yang Dipertua MDM, Mohd Norman Noh dan Pengarah SWCorp Negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin telah mengagihkan Sumbangan Kit SWM Kasih kepada penerima sumbangan antaranya warga emas di sekitar Mukim Mersing. Beliau berharap penganjuran program tersebut menjadi permulaan bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara SWM Environment dan MDM termasuk menerusi aspek kebersihan dan kelestarian alam sekitar seperti aktiviti pembersihan pantai dan lain-lain.