Syarikat SWM Environment Menceriakan 30 Anak Yatim

...

REMBAU, 21 April 2021 Syarikat SWM Environment telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui SWM Kasih bagi menceriakan 30 orang anak-anak yatim dari Peyakin, Pedas, berusia diantara 4 tahun sehingga 17 tahun. Mohd Norlisam, Pengurus Besar Korporat SWM Environment menyatakan SWM Kasih memfokuskan kebajikan anak-anak dan turut memberi sumbangan barangan keperluan harian kanak-kanak di sepanjang bulan Ramadan menjadikan bulan ini bulan yang penuh bermakna. Bagi memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran, kami turut memberikan sumbangan buku rujukan bagi kegunaan anak-anak. Pihak syarikat percaya ilmu pengetahuan boleh memberikan masa depan yang cerah.     Â