SWM ENVIRONMENT MELAKUKAN KUTIPAN SISA PEPEJAL PADA HARI PERTAMA DAN KEDUA PERAYAAN TAHUN BARU CINA
SEREMBAN, 23 January 2020 SWM akan beroperasi seperti biasa dengan memastikan pekerja bertugas pada hari raya pertama dan hari kedua Tahun Baru Cina bagi memastikan tiada lambakan sampah. Menurut YB Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan & Kampung Baru semasa sambutan perayaan, jumlah sampah dijangka akan meningkat berikutan cuti perayaan tahun ini jatuh pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Justeru itu, SWM telah mengenalpasti lokasi-lokasi tumpuan peningkatan sampah dan memastikan sampah dikutip mengikut jadual agar tiada lambakan sampah. Katanya lagi, SWM telah mengatur jadual kerja bagi memastikan pekerja melaksanakan kerja dengan teratur dan cekap serta menyediakan kenderaan kutipan sisa pepejal yang mencukupi. Memastikan Kawasan pelancongan bersih Di dalam sidang media Strategi Operasi SWM sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, YB Teo menekankan juga selain daripada kawasan perumahan dan pusat komersil, SWM turut memastikan lokasi tumpuan pelancong dan pengunjung di tahap bersih yang optimum. Terutama kebersihan pantai Port Dickson. Beliau menjangkakan terdapat ramai pengunjung akan bercuti dan berkelah di pantai Port Dickson dan janaan sampah akan meningkat. Beliau menjelaskan, bermula pada 24hb, kerja kutipan berjalan seperti biasa dan tumpuan diberikan di kawasan seperti Seremban, Nilai, Port Dickson. Kuala Pilah and Jelebu. Kerja diteruskan pada 25hb dan 26hb Januari. Pada 25hb, SWM menyediakan sejumlah 1008 pekerja untuk melaksanakan kerja di seluruh NS. Sementera itu pada 26hb (Ahad) sejumlah 255 pekerja akan keluar bekerja. Kompaktor dan lori terbuka disediakan secukupnya bagi memastikan kerja-kerja kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cekap. Jumlah kenderaan yang besar bagi kerja operasi Menurut YB Teo, sejumlah 108 buah kompaktor dan 55 buah kenderaan RORO / lori terbuka bertugas pada 25hb, manakala pada 26hb sejumlah 12 buah kompaktor dan 7 buah kenderaan RORO / lori terbuka akan bertugas. SWM juga telah mengenalpasti 9 buah lokasi rumah pangsa, 10 lokasi tumpuan pelancong dan 47 buah tong sampah komunal yang akan meningkat janaan sampahnya. Beliau turut menekankan SWM menghantar sejumlah pekerja pembersihan untuk bertugas mengikut jadual ditetapkan di pantai Port Dickson dan menguruskan sejumlah 221 buah tong sampah komunal dan tong sampah beroda yang ditempatkan di 18 buah pantai di Port Dickson. SWM juga memastikan pasukan operasi kecemasan atau SWAT yang dianggotai seorang pemandu dan tiga pekerja Am bersiap sedia untuk bertugas di waktu kecemasan dan segera menangani aduan awam. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi hotline 1-800-88-7472 and 06-6011246. Di dalam sidang media tersebut turut dihadiri oleh YB Nicole Tan, YB Adun Mambau, Ketua Kampung Baru Mambau, Tuan Nordin Bin Amat, Pengarah SWCorp NS dan Dr Alashari Bin Hj Othman, Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan.