SWM ENVIRONMENT SUMBANG RM25,000 BANTU 500 KELUARGA TERJEJAS BANJIR

...

, 16 January 2021

SWM Environment menyumbang RM25,000 dalam bentuk barangan keperluan asas dan pelitup muka kepada 500 keluarga di kawasan perkhidmatan yang melalui proses pemulihan pasca banjir. SWM Environment dalam satu kenyataan memaklumkan, sebagai permulaan, sebanyak 50 keluarga di Kampung Sri Jaya, Tampoi akan menerima sumbangan akan dilakukan oleh sukarelawan SWM Kasih bersama anggota SWCorp Johor dan Penggerak Komuniti Negara. Antara barangan keperluan yang disumbangkan adalah beras, gula, susu, biskut, bihun, makanan segera dan makanan dalam tin.

"Sumbangan SWM Kasih Bantuan Banjir sebagai pelengkap kepada inisiatif CSR awal yang telah digerakkan Operasi Bantuan Banjir SWM Environment sebaik Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan. "la disusuli dengan inisiatif pembersihan setelah banjir mulai surut di kawasan perkhidmatan yang terjejas," menurut SWM dalam kenyataan. Tambahnya setakat 8 Januari lalu, seramai 110 anggota SWM Environment telah digerakkan untuk melaksanakan inisiatif CSR tersebut membabitkan kawasan Johor Bahru, Kulai, Kluang, Segamat, Kota Tinggi, Yong Peng dan Mersing.

la turut dibantu dengan sokongan 78 jentera pelbagai kegunaan seperti lori kompaktor, lori Roll- On Roll-Off (RORO), lori Open Tipper, lori penyembur (waterjet), lori ultrawhack dan jentolak Malah, katanya, kebersihan Pusat Penempatan Sementara (PPS) turut mendapat perhatian SWM Environment melalui penempatan aset sebanyak 30 unit tong sampah beroda (TSB). la bertujuan memudahkan mangsa yang ditempatkan berkenaan membuang sampah khususnya pelitup muka dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.

"Pihak SWM Environment sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak SWCorp Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan operasi bantuan banjir di kawasan perkhidmatan disediakan mengikut keperluan sehingga segalanya pulih seperti sediakala," tambahnya.