GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON BIAYA 32 PROJEK BERNILAI RM1 JUTA

...

ISKANDAR PUTERI, 23 July 2026

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama rakan strategik melalui kerangka, Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) telah memperuntukan sebanyak RM1 juta untuk membiayai 32 projek rendah karbon bagi menggalakkan penglibatan komuniti, universiti dan industri dalam menjayakan Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030. 

Datuk Bandar MBIP, Dato’ Hasrin Kamal Hashim dalam satu kenyataan pada hari ini, inisiatif Geran Komuniti IPRK tersebut dilaksanakan bersama rakan strategic iaitu UniversitiTeknologi Malaysia (UTM), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment). 

Jelas beliau, manfaat Zon Ekonomi Khas – Johor-Singapura dijangka akan terus menyuntik pembangunan pesat di kawasan Bandaraya Iskandar Puteri. Justeru itu, MBIP telah bersedia untuk memastikan pembangunan dan pelaburan tersebut mengimbangi kelestarian alam sekitar dan berdaya tahan bagi mendepani cabaran perubahan iklim pada masa hadapan.

Tambah beliau lagi, Geran Komuniti IPRK telah membiayai 125 projek geran rendah karbon dengan peruntukan lebih RM2.3 juta sejak tahun 2021 yang memberi manfaat kepada sekitar 70,000 orang penduduk di sekitar Bandaraya Iskandar Puteri. Malah, geran berkenaan juga telah berjaya menyelamatkan lebih 200,000 kilogram sisa daripada berakhir di tapak pelupusan dan mengurangkan sebanyak 639,533 kilogram karbon dioksida (KgCO2).

Geran Komuniti IPRK 6.0 amat menekankan projek bersifat inklusif dan mampan yang mampu memberi kesan berantai dan berpanjangan kepada masyarakat dan alam sekitar. Antara projek bersifat inklusif tersebut adalah Ecosoap Empowerment yang merupakan inisiatif pendidikan kesedaran alam sekitar bersama komuniti Sindrom Down di bawah Persatuan Sindrom Down Negeri Johor (PSDNJ) tentang pengurusan sisa minyak masak terpakai di rumah sehingga menjadi produk kitaran ekonomi.

https://johor.sinchew.com.my/news/20260723/johor/7696092