SWM Environment Perkenal MotosikalKabin Sisi EV Bagi Operasi Pembersihan Di Bandar Hilir

...

MELAKA, 28 May 2026

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) memperkenal penggunaan motosikal kabin sisi berkuasa elektrik (EV) bagi
operasi pembersihan awam di lokasi tumpuan pelancong sekitar Bandar Hilir dalam usaha menyokong Agenda Bandar Rendah Karbon Melaka.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata inisiatif berteraskan teknologi hijau itu ialah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam membantu merealisasikan aspirasi Melaka untuk muncul sebagai Negeri Hijau menjelang 2035.

“Sebanyak lima unit motosikal kabin sisi EV mula digunakan sejak April lepas bagi melaksanakan operasi kutipan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan awam khususnya di kawasan laluan sempit serta lokasi berintensiti tinggi yang memerlukan sistem operasi lebih cekap dan mesra alam.

“Penggunaan motosikal kabin sisi EV ini bukan sahaja membantumeningkatkan kecekapan operasi pembersihan malah turut mengurangkanpencemaran bunyi serta pelepasan karbon hasil pembakaran bahan apikhususnya di kawasan pelancongan dan warisan yang sensitif terhadappencemaran persekitaran,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata langkah itu turut mencerminkan komitmen berterusan SWMEnvironment dalam memperkasa agenda teknologi hijau dan menyokongpembangunan bandar yang lebih bersih, hijau, moden dan mampan.

Mohd Norlisam berkata pelaksanaan jentera EV itu juga sebahagian daripadausaha penambahbaikan operasi syarikat ke arah sistem pengurusan sisapepejal yang lebih pintar, inovatif dan sejajar dengan perkembanganteknologi semasa serta keperluan komuniti urban ketika ini.

“Kami percaya pendekatan teknologi hijau ini mampu memberi impak positifkepada alam sekitar selain mewujudkan suasana yang lebih bersih, kondusifdan selesa kepada pelancong serta masyarakat setempat,” katanya.

Operasi motosikal kabin sisi EV itu dilaksanakan dari Isnin hingga Khamisbermula 7.30 pagi hingga 6 petang manakala pada Jumaat hingga Ahad, iadijalankan di kawasan zon bebas kereta dari 6.30 petang hingga 10.30 malambagi memastikan tahap kebersihan kawasan pelancongan terus berada padatahap optimum.

Beliau berkata pihaknya akan terus menilai keberkesanan penggunaanjentera berkenaan sebelum memperluas pelaksanaannya ke lokasi strategiklain di bawah kawasan operasi.

Pada masa sama, Mohd Norlisam menyeru orang ramai supaya memainkanperanan dalam memelihara kebersihan kawasan awam dan pelancongan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin untuk generasi akan
datang.

https://bernama.com/radio/news.php?id=2562451#topstory