: Motosikal EV perkasa operasi pembersihan awam di Melaka

...

MELAKA, 30 May 2026

Penggunaan motosikal roda tiga berkuasa elektrik bagi operasi pembersihan awam di sekitar Bandar Hilir, Melaka membantu mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran bunyi.

Menurut Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam Mohd Nordin, penggunaan kenderaan elektrik (EV) itu turut meningkatkan kecekapan operasi pembersihan.

“Sebanyak lima unit motosikal EV digunakan sejak April lalu bagi kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan di kawasan laluan sempit serta lokasi tumpuan pelancong.

“Inisiatif teknologi hijau itu juga menyokong Agenda Bandar Rendah Karbon Melaka ke arah menjadikan negeri itu sebagai Negeri Hijau menjelang 2035,” katanya menerusi kenyataan.

Operasi motosikal EV dijalankan setiap hari termasuk di kawasan Zon Bebas Kenderaan bagi memastikan tahap kebersihan kawasan pelancongan sentiasa optimum.

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/motosikal-ev-perkasa-operasi-pembersihan-awam-di-melaka/