SWM Gerak 4,500 Anggota Urus Sisa Johor,TBC, Ramadan
JOHOR BAHRU, 06 February 2026
Sebanyak 4,500 anggota pembersihan digerakkansecara menyeluruh oleh SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) bagi memastikanpengurusan sisa pepejal di seluruh 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Johorberjalan lancar sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dan menjelang awalRamadan.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkatapenglibatan anggota yang besar itu mencerminkan komitmen syarikat dalammengekalkan tahap kebersihan dan kelestarian, khususnya ketika berlaku peningkatanmendadak penjanaan sisa sepanjang musim perayaan.
Beliau berkata operasi berkenaan turut disokong 620 jentera termasuk lori kompaktor,lori open tipper dan lori Roll-on-Roll-Off (RORO) yang digerakkan secara berfokus mengikut keperluan lokaliti.
“Selain kutipan sisa harian, SWM Environment turut memberi penekanan terhadappengurusan sisa pukal, sisa kebun serta barangan kitar semula menerusi pelaksanaanperkhidmatan Kutipan +1 bagi menyokong keperluan masyarakat menjelang musimperayaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata menerusi inisiatif itu, setiap premis kediaman hanya perlu meletakkan sisaberkenaan di tepi tong sampah beroda atau di rumah sampah berpusat mengikut jadualkutipan yang ditetapkan.
Mohd Norlisamturut menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama penuh denganmemastikan laluan kutipan sisa tidak terhalang, khususnya dengan tidak meletakkankenderaan di lokasi yang boleh menjejaskan kelancaran operasi.
Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menguruskan sisa bunga apidan mercun secara berhemah serta teratur bagi mengelakkan risiko keselamatan danpencemaran persekitaran.